Wednesday 23 January 2013

Sebarkan Cinta-Mu ( Fatimah Syarha Mohd Noordin )

Saya baru jer khatam bace novel ni semalam. Saya mengambil masa selama 1 minggu untuk menghabiskan bacaan saya. So,dah bace.mestilah saya dah tahu isi kandungan kan? mestilah lah saya dah boleh kasi komen pasal novel ni kan? Okay, saya akan cuba terangkan pasal novel ni.. Sebelum tu,saya nak komen,novel ni memang lain dari novel lain. Lain dari novel dakwah yang lain... pendekatan dakwah yang digunakan sangat berkesan dan terkesan pada sesiapa je yang membaca. tak rugi pada sesiapa jer yang membeli novel ni..buku ni bagi saya sangat sesuai pada sesiapa je.. baik lelaki mahupun perempuan...baik remaja mahupun dewasa..baik bujang mahupun pasangan suami isteri...novel ini kelak dapat dijadikan pedoman dalam hidup...
       Novel ini mengisahkan tentang kehidupan masyarakat muslim masa kini yang mengalami kekeliruan dalam mengetahui hukum-hukum agama yang sering dipersoalkan oleh masyarakat Islam sendiri dan telah disalah anggap oleh golongan kafir...Antara yang dipersoalkan adalah hukum poligami dalam Islam yang telah menjadi kekeliruan dalam masyarakat Islam. Selain itu, kewajipan memakai tudung turut dipersoalkan malahan banyak lagi persoalan yang diketengahkan dalam novel ni. Namun kehadiran Ibu Dhiya' iaitu seorang wanita yang hanya bekerja sebagai cleaner di sebuah institusi pengajian swasta KOSDAT,telah membantu merungkaikan masalah kekeliruan tersebut. Ibu Dhiya' yang berkelulusan tinggi dari pesantren di Indonesia telah memberikan hujah-hujah bersumberkan hadis dan al-Quran serta kajian yang telah dibuat oleh para ulama' sedunia dan akan mampu memberikan kita keyakinan. Cara pendekatan dakwah yang Ibu Dhiya' gunakan sangat mudah difahami dengan cara penyampaian dakwah yang terbuka iaitu tidak menghukum sesiapa yang jahil malah menegur dengan cara yang yang berhemah dan lembut selayaknya seorang muslimah.Oleh itu,Ibu Dhiya' menjadi rujukan warga KOSDAT.
       Saya yang baca novel ni sangat terkesan. maksudnye,effect novel ni pada saya sangat hebat. Banyak perkara yang saya tak tahu,jadi tahu. terutama mengenai kisah-kisah zaman nabi dan sahabat-sahabatnya. Bagi saya, novel ini sangat bagus,sangat bernilai murni,sangat memberi kesan kepada pembaca,InsyaAllah. Saya sangat berterima kasih kepada penulis novel ni iaitu Ustz Fatima Syarha kerana telah menghasilkan karya-karya dakwah Islami yang hebat. Saya harap lepas ni beliau akan terus berkarya demi memperjuangkan dakwah Islam dimasa akan datang dan pastinya saya tak kan lepaskan peluang untuk dapatkan karya beliau yang seterusnya kelak..!

     

Friday 18 January 2013

Poskad 'Aku Terima Nikahnya

Saya baru jer beli CD 'Aku Terima Nikahnya'(ATN) yg original...hehe... baru dapat kesempatan nak tengok cite tuu... tapi x sangka pulak saya ade macam bonus kat dalam sampul cd tu... sape yang pernah beli cd 'ATN' yg ori tahu la die bonus apakah itu...hehe...suke sangat!!! saya dapat POSKAD eksklusif 'ATN'!!!! Sape yg x berpeluang nak dapat poskad tu,ni saya ade tangkap gambo sikit buang tatapan kalian...hehehehe...jangan jeles.. (^.^)



Jadi,tunggu ape lagi,dapatkan CD Aku Terima Nikahnya yang ORIGINAL di kedai2 cd yang berdekatan dengan anda SEGERA..




Thursday 17 January 2013

Rossa-Memeluk Bulan

LAWAK: KURANG AJAR

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan
parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!"

 by mat yie red

Saturday 12 January 2013

FESYEN MUSLIMAH KRITIKAL!!!

GAMBAR CONTOH
Kalu kite tengok fesyen muslimah sekarang,ade yg ok ade yg x... pada pendapat saya,bile sebut je 'MUSLIMAH',mestilah kite akn terbayangkan seorang wanita Islam yg sgt menjaga batas2 agama x kiralah dari aspek perlakuan mahupun pemakaian... yg mnjadi isu skarang adalah bile fesyen muslimah kini x mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Islam..jubah yang pada asalnya direka longgar kini sudah direka mengikut potongan badan..sebahagian baju kurung kini bukan lagi menutup aurat tapi makin mendedahkan aurat...bukan kate baju kurung je lar,hampir semua baju makin mendedahkan aurat...bagi saya memang x salah nak berfesyen..tapi berpada-padalah...saya hairan kepada golongan yang mereka pakaian2 muslimah masa kini...kenapa nak mereka pakaian muslimah yang mengikut bentuk badan?kenape nak reka baju muslimah yang bergetah di pinggang? betul ke niat di hati nak reka baju muslimah? maafkan saya andai lancang berbicara... tapi inilah persoalan yang bermain di fikiran saya...sebagai umat Islam,kita haruslah menjaga aurat sentiasa agar maruah diri dan agama dapat dilindungi... kalau sebahagian baju yang umat Islam pakai dah jarang,ketat,mendedahkan sebahagian tubuh, ape bezanya kita dan golongan kafir? bukan ker Tuhan melarang kita berpakaian menyerupai orang kafir... jadi,ape yang menyebabkan sesetengah golongan ini masih ingin menyerupai golongan kafir? Bangkitlah kaum Hawaku...janganlah kau mencemarkan agamamu...


Wednesday 9 January 2013

UPU..



Saya dah beli no pin UPU... exited sangat...huhuhu.. :)
tapi....saya x thu nk isi ape...takot salah pilih jer... mende ni x leh wat main2..ni pasal masa depan saya... (>,<)  takotnyerrr...... superman,please help me....!