Saya baru jer khatam bace novel ni semalam. Saya mengambil masa selama 1 minggu untuk menghabiskan bacaan saya. So,dah bace.mestilah saya dah tahu isi kandungan kan? mestilah lah saya dah boleh kasi komen pasal novel ni kan? Okay, saya akan cuba terangkan pasal novel ni.. Sebelum tu,saya nak komen,novel ni memang lain dari novel lain. Lain dari novel dakwah yang lain... pendekatan dakwah yang digunakan sangat berkesan dan terkesan pada sesiapa je yang membaca. tak rugi pada sesiapa jer yang membeli novel ni..buku ni bagi saya sangat sesuai pada sesiapa je.. baik lelaki mahupun perempuan...baik remaja mahupun dewasa..baik bujang mahupun pasangan suami isteri...novel ini kelak dapat dijadikan pedoman dalam hidup...
Novel ini mengisahkan tentang kehidupan masyarakat muslim masa kini yang mengalami kekeliruan dalam mengetahui hukum-hukum agama yang sering dipersoalkan oleh masyarakat Islam sendiri dan telah disalah anggap oleh golongan kafir...Antara yang dipersoalkan adalah hukum poligami dalam Islam yang telah menjadi kekeliruan dalam masyarakat Islam. Selain itu, kewajipan memakai tudung turut dipersoalkan malahan banyak lagi persoalan yang diketengahkan dalam novel ni. Namun kehadiran Ibu Dhiya' iaitu seorang wanita yang hanya bekerja sebagai cleaner di sebuah institusi pengajian swasta KOSDAT,telah membantu merungkaikan masalah kekeliruan tersebut. Ibu Dhiya' yang berkelulusan tinggi dari pesantren di Indonesia telah memberikan hujah-hujah bersumberkan hadis dan al-Quran serta kajian yang telah dibuat oleh para ulama' sedunia dan akan mampu memberikan kita keyakinan. Cara pendekatan dakwah yang Ibu Dhiya' gunakan sangat mudah difahami dengan cara penyampaian dakwah yang terbuka iaitu tidak menghukum sesiapa yang jahil malah menegur dengan cara yang yang berhemah dan lembut selayaknya seorang muslimah.Oleh itu,Ibu Dhiya' menjadi rujukan warga KOSDAT.
Saya yang baca novel ni sangat terkesan. maksudnye,effect novel ni pada saya sangat hebat. Banyak perkara yang saya tak tahu,jadi tahu. terutama mengenai kisah-kisah zaman nabi dan sahabat-sahabatnya. Bagi saya, novel ini sangat bagus,sangat bernilai murni,sangat memberi kesan kepada pembaca,InsyaAllah. Saya sangat berterima kasih kepada penulis novel ni iaitu Ustz Fatima Syarha kerana telah menghasilkan karya-karya dakwah Islami yang hebat. Saya harap lepas ni beliau akan terus berkarya demi memperjuangkan dakwah Islam dimasa akan datang dan pastinya saya tak kan lepaskan peluang untuk dapatkan karya beliau yang seterusnya kelak..!
No comments:
Post a Comment
"Kerana Komenmu Begitu Berharga.."