Saturday, 16 March 2013

Beli Belah di Haby And Wools

Hari ni saya pergi kedai Haby And Wools yang terletak di tingkat 2 Ampang Park...
ni first time tau saya datang sini...
ni pun sebab mak long yang sudi meluang masa ajak saya pergi shopping kat kedai tu..!
terima kasih,mak long...
selama ni saya asyik dengar orang sebut nama kedai ni tapi saya tak tahu cam ne rupa dia...
namun begitu,sekarang saya dah pergi!
haa...excitednya nak cerita kat korang pasal kedai ni...! (^_^)
mesti ada yang tertanya-tanya, "kedai ape tu?"
kedai ni agak terkenal kepada mereka yang gemar menjahit,mengait dan menyulam...
bukan tu je,yang seangkatan dengannya pun ada..
maksud saya,semua peralatan yang berkaitan dengan jahit,kait,sulam,ada dijual di kedai ini...
pelbagai jenis jarum,benang,gunting,pita ukur,butang dan lain2 keperluan terdapat disini..
(keperluan yang berkenaan je lar..)
harganya pula,berpatutan yang teramat.....
memang syok lar kedai ni!
nak cite panjang pun tak tercerita...
so,ape kata korang layan jer gambar-gambar barang yang saya dah beli ni..
check it out!

nak tambah stok benang sedia ada...hehe...
rambang mata time nak pilih benang..so,saya capai jer mana-mana yang tercapai..

beli gunting khas untuk kerja-kerja mengait saya nanti..mak long sarankan pakai gunting yang ni...

yang ni pulak nak tambah koleksi jenis dan saiz jarum crochet...huhu...

haa..yang ni lain ceritanya..saya tak pandai lagi mengait jarum 2  ni,tapi mak long suruh saya try... so,why not I try..nothing impossible,right?

jadi,korang-korang semua yang dah tengok barang-barang yang saya dah beli tu,
tunggu apa lagi,cepat la pergi serbu kedai tu..
sementara ada masa and ada duit..hehe..
kalau masuk kedai tu dalam poket ada RM2 pun tak apa...
paling kurang keluar kedai,korang ada beli sebuku benang.. (^_^)








No comments:

Post a Comment

"Kerana Komenmu Begitu Berharga.."